Wanita Muda Itali & Dakwah Muammar Gaddafi..

""Islam used to frighten me, now it fascinates me"
"Islam dulu sangat menakutkan bagi saya, namun sekarang saya kagum pada Islam"

Itulah luahan rasa yang di ungkapkan oleh seorang wanita Itali, Alda Ribeiro yang berusia 27 tahun setelah menghadiri sesi bersama PM Libya Muammar Gadaffi.. Hasil pertemuan tersebut dirinya semakin rajin mempelajari ajaran Islam dengan membaca Al-Quran yang diberikan Muammar Gaddafi kepadanya... Sila klik di sini untuk maklumat dakwah yang di usahakan.


Wanita yang berasal dari Portugal dan merupakan lulusan Universiti ini mampu berbicara dengan lima bahasa ini tertarik dengan jawapan ringkas yang di berikan oleh PM Libya itu berkenaan pandangan peribadi beliau..



"Saya bertanya kepada Gaddafi apa yang dia fikir berkenaan peranan wanita dan dia menjawab bahawa dia selalu menjadi pendukung hak-hak perempuan. Saya tidak menduga jawapannya seperti itu."


Di desak keinginan yang membuak & semangat yang membara untuk memahami, mempelajari, mengkaji Islam, wanita ini memutuskan untuk bermusafir ke Libya...Semoga musafir wanita muda ini ke sana membawanya menemui sinar terang menyuluh laluan kehidupannya.. Sila klik di sini untuk sumber asal.


Namun apa yang menarik minat Muhasibiey adalah usaha murni, iltizam yang membara PM Libya ini untuk mengajak wanita2 muda ini kembali kepada fitrah beragama. Realitinya, memanfaatkan secara maksimum kapasiti yang ada untuk kebaikan & maslahah Islam yang dicintai adalah usaha yang sukar untuk di laksanakan... Apakah 'ibarah, pengajaran di sebalik keberanian luar biasa & idea kritis PM Libya ini dalam berdakwah?? Persoalan ini sewajarnya lebih dekat untuk di fikirkan, di renungkan bersama...mungkin sekadar berseloroh Muhasibiey boleh meminjam & mengubah 'tagline' Nabil Raja Lawak.."bersama kita pikir laa sendiri"..

AlQuran Membongkar...Manusia Tercengang..

"Abang, mana benjo?" soal permaisuri hati Muhasibiey yang amat di cintai sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah .. "ada dalam kereta.. terlupa nak ambik" balas Muhasibiey ringkas, padat & bersahaja...biasalah manusia, pelupa tanda insan itu normal...... hari ini Muhasibiey makan malam bersama sahabat yang di kasihi lillah akhi hafizan & akhi diman.. biasanya kami berempat atau berlima.. tapi malam ni hanya bertiga.. tetapi tetap seperti biasa ..terlalu banyak cerita & pengalaman di kongsikan bersama... semoga ada khair, ibrah dan kebaikan buat diri Muhasibiey sendiri..


Bermusafir/Berjalan pada malam hari adalah pilihan yang bijak untuk mengurangkan keletihan...apatah lagi bermusafir di alam maya.. .. insyaAllah tidak memenatkan jika di lakukan secara santai dan bersahaja.... entah kenapa terdetik dihati ini untuk mencari koleksi ceramah.. yang terlintas di fikiran Muhasibiey adalah ceramah Kiyai AA Gymm, minat sungguh Muhasibiey pada cara Kiyai ini mengolah idea, hujah & interpratasi yang di sampaikan ..lain yang di cari..lain pulak yang di temui.. sehingga akhirnya mengheret Muhasibiey menemui video berikut..



"Dan langit kami bangunkan dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya" surah az Zariyaat ayat ke 47

[ Dalam Ayat ini Allah menggunakan perkataan muusi'uun. Dalam Bahasa Arab perkataan muusi'uun berasal daripada perkataan wasa-'a yang bermaksud 'menjadi besar', luas. Berdasarkan ayat ini membawa maksud 'Allah meluaskan langit' & pada masa yang sama ia juga bermaksud Allah yang meluaskan atau melapangkan rezeki. Imam Ibn Kathir dalam kitabnya 'Tafsir AlQuran al 'Azim menyatakan ayat ini bermaksud 'Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru langit dan Kami meninggikannya tanpa tiang'. Dengan tafsiran ayat ini, jelas sekali ayat ini ada perkaitan dengan pengembangan alam, maka tidak ada salahnya, sekiranya kita memanfaatkan penemuan semasa yang releven bagi membantu kefahaman.

"Maksud ayat ini langit ini Allah jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ia juga menunjukkan Ilmu Quran jauh kehadapan melampaui tempat dan zaman" pandangan as-Syeikh Said Hawa dalam kitab al Asas fi al Tafsir. ] Sila klik untuk sumber asal.


Memang segala-galanya telah diceritakan Allah di dalam Wahyu yang di nuzulkan kepada Kekasih hati Muhammad s.a.w.... berita perihal alam, kewujudan, kea'jaiban & kehancuranNya, kisah ummah terdahulu, cerita2 yang telah & akan berlaku yang membolosi sempadan zaman.. sudah cukup membuktikan mu'jizat aqli (ma'nawiey) ini relevan sepanjang zaman, masa & ketika.. Benar! Al- Quran Membongkar.. Manusia Tercengang.. bahkan mungkin terkedu.. Entri kali ini memang agak santai, rileks & bersahaja.. supaya tidak memberatkan minda pengunjung2 yang budiman lagi di kasihi lillah di luar sana... semoga perkongsian maklumat ini memberi manfaat & kebaikan kepada kita semua terutamanya diri Muhasibiey sendiri.. Syukran Kathira buat semua..

Benar ! Berukhuwwah itu manis..

"Akhi, pi main bowling tak esok?" SMS di hantar kepada sahabat yang di kasihi lillah Akhi Dzaidin lewat beberapa hari lepas..." Ana mesti datangnye.. nak riak & tunjuk skill kt kawan2.." begitulah reply SMS penuh jenaka yang Muhasibiey terima daripada Akhi Dzaidin.. Muhasibiey hanya tersenyum membacanya..memang sahabat Muhasibiey yang sorang ni suka bergurau.. "ish2..kena betulkan niat ni..hehe" Muhasibiey cuba membalas SMS tersebut.. tetapi di sebabkan nilai kredit tidak mencukupi.. akhirnya SMS tersebut tidak dapat dihantar..


Begitulah kami sahabat-sahabat AMAL yang memang suka bergurau, usik-mengusik, berlawak jenaka antara satu sama lain.. Segalanya di lakukan untuk menyemai rasa kekitaan, mengeratkan hubungan silaturrahmi.. Moga2 ia menjadi baja yang menyubur hijaukan ruhul ikha' sesama kami..ameen ya Rabb..


QMN 4691 meluncur laju membelah malam menuju destinasi .. Setibanya Muhasibiey bersama sahabat yang di kasihi lillah akhi Diman & akhi Azwani di sana, Exco Jabatan Belia & Sukan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak ;Akhi Junaidi dan sahabat-sahabat yang lain sudah pun berkumpul di gelanggang bowling.. masih lagi menunggu kehadiran sahabat-sahabat yang lain..

Bersama sahabat-sahabat seusai Bowling Ukhwah AMAL 09'


RM 12 seorang untuk dua frame game.. Muhasibiey kurang arif menjustifikasikan samada bayaran tersebut terlalu murah ataupun terlebih mahal... memandangkan ini kali pertama Muhasibiey berjinak-jinak dengan bowling.. kerana yang lebih penting dari jumlah tersebut adalah tautan hati & ruhul ikha' sesama kami..

Muhasibiey bersama akhi Arep & akhi Azwani dalam satu pasukan


Satu persatu bola Muhasibiey hayunkan untuk menjatuhkan 10 pinball yang tersusun ... yang adakalanya melencong & adakalanya tepat mengena sasaran.. sehinggakan tidak sedar riadhah AMAL ini berakhir.. sememangnya aktiviti riadhah sebegini agak santai & tidak memenatkan..maklumlah tidak perlu berpanas menahan terik matahari.. cuma memerlukan skill & teknik yang betul ketika bermain..


Namun entri kali ini .. bukanlah semata-mata mahu bercerita tentang riadhah AMAL ini buat tatapan sahabat-sahabat pengunjung blog Muhasibiey yang di kasihi di luar sana.. tetapi jauh daripada itu.. berkongsi pengalaman, rasa & kisah dalam membina jalinan keakraban sesama insan.. Sememangnya riadhah AMAL ini di rangka untuk merapatkan ukhuwwah bersama sahabat-sahabat.. Semoga usaha yang tidak seberapa ini menjadi perintis jalan ke arah kesepakatan, keharmonian dalam berukhuwwah.. Benar! Berukhuwwah itu manis.. lebih manis dari madu.. Ya Allah kekalkan kemesraan dalam hati-hati kami.. ameen Ya Rabbal 'Alameen..

Kini HAMAS dilarang menyertai p/raya..


Hamas, secara rasmi dilarang menyertai pilihanraya Januari tahun depan. Hal ini diumumkan langsung oleh Mahmoud Abbas, pemimpin Fatah pada hari Rabu 28 Oktober lepas.

Abbas mengeluarkan dekrit yang memerintahkan pemilihan di timur Jerusalem, Tebing Barat dan Gaza. Langkah ini jelas merupakan menyiram api dari Fatah kepada Hamas. Seperti diketahui pada pilihanraya sebelumnya Hamas dengan telak memenangkannya dengan perolehan suara yang mengejutkankan; lebih dari 50%. Namun kemudian, kemenangan Hamas itu diboikot.


Kementerian Dalam Negeri Palestin mengatakan Abbas mengambil keputusan pilihanraya itu tanpa persetujuan Hamas dan faksi lainnya dan ilegal. "Semua persiapan, setiap komite, pengumpulan nama dan sebagainya akan dianggap sebagai tindakan ilegal, akan kita permasalahkan" kata jurucakap Ehab Al-Ghsain.


Abbas saat ini memimpin Fatah yang merupakan parti sekular dan mendominasi kehidupan politik di Tebing Barat, namun diusir dari Gaza. Hamas sendiri mengatakan warga Palestin di Jalur Gaza tidak perlu bersusah-payah ambil bahagian dalam pemilihan umum 24 Januari tersebut. Dari sejak awal, Hamas memang tidak menginginkan adanya pemilihan umum Palestin untuk saat ini.


Keadaan Palestin saat ini yang tengah dijajah oleh Israel lebih penting untuk diurus. Hamas adalah pilihan utama rakyat Palestin, dan sejarah telah menunjukkan kemenangan Hamas telah dikhianati oleh dunia, jadi apakah pilihanraya ini akan tetap sama?

Di zahirkan ayatNya buat ummah akhir zaman..

Lewat minggu lalu, sewaktu Muhasibiey bermusafir di alam maya... mengembara dari satu pautan ke pautan yang berikutnya.. artikel yang menggoncangkan hati kecil orang-orang yang beriman ini Muhasibiey temui dalam blog kenalan Muhasibiey sendiri. Ayat-ayat al-Quran di temui pada kulit bayi ini. "Comelnya budak ni" getus Muhasibiey sendirian.

Walaupun kisah ini di zahirkan Allah nun jauh di wilayah Dagestan, tetapi ianya sudah cukup merobek mata hati ummah ini daripada terus di buai mimpi-mimpi indah. Sila klik di sini. Pelbagai kisah ajaib tetapi benar, cerita aneh tetapi nyata telah di lambakkan Allah buat tatapan hamba-hambaNya..ummah akhir zaman ini. Secara peribadi Muhasibiey berpendapat... jika 'perkhabaran' ini di baca melalui mata zahir.. ianya tidak lebih daripada sekadar sebuah kisah benar ajaib yang memberikan kredit kepada Islam.


Namun jika di teliti berita ini melalui mata hati... sudah pasti ia mengundang kegusaran, ketakutan, kebimbangan dalam hati ummah ini. Apa tidaknya, satu persatu kisah pelik lagi ajaib seumpama ini di hidangkan Allah untuk kita di Malaysia... pendedahan peserta-peserta yang menyertai ekspedisi ke kutub utara telah menyaksikan kisah ais yang berbentuk wanita yang sedang solat di kutub utara, 6 keping daging yang berkalimah Allah padanya di temui di Kedah, kisah sejadah yang seolah-olah bersolah di beberapa lokasi berlainan dan bermacam-macam kisah penuh ajaib lagi..


Meneliti kisah bayi ini, fikiran Muhasibiey kembali terkenangkan kisah seorang bayi yang baru di lahirkan di Malaysia suatu ketika dahulu mempunyai kalimah Allah pada telinga di sebelah kiri @ kanan. Satu Malaysia menyaksikan kebenaran kisah ini menerusi buletin utama TV3 ketika itu.

Apakah maksud di sebalik segala perkhabaran ini? Bukanlah Muhasibiey mahu membeban minda, mendera aqal yang terbatas ini untuk mendapatkan jawapannya.. siapalah kita untuk mencungkil rahsia yang tersirat & tersurat di sebaliknya.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.. sayugia, sewajarnya kisah seumpama ini memberikan suatu motivasi/inspirasi kepada muslim terutamanya Muhasibiey sendiri untuk membaik pulih iman, menambah nilai amal & taqwa, memurnikan kualiti diri dalam menjalani kehidupan yang lebih bahgia dan bermakna; kehidupan bersyaria't... Ya Allah gagahkan upayaku hambaMu yang jahil lagi hina ini..

Introspkesi Diri: CintaMu kutagih, KasihMu kudamba..



" Ya Allah kumohonkan ampunan.. keterlanjuran yang berulang kali..."


bait-bait tersebut menerusi lagu Ikhlas Dariku nyanyian ustaz rock, tetiba mengheret Muhasibiey menerawang jauh mengenang kelemahan dan kekurangan diri... ya..terlalu banyak kelemahan, terlalu banyak kekurangan, terlalu banyak kecelaan...bukan bertujuan membuka pekung didada.. apatah lagi menjaja keaiban diri... tetapi sebagai introspeksi diri dalam mengatur langkah yang lebih bersinergi menyelusuri denai kehidupan yang penuh dengan mehnah yang silih berganti, dugaan yang adakalanya meruntun hati.. bermohonlah wahai hati.. agar di gagahkan upaya, meneruskan kelangsungan hidup yang penuh warna warninya.... terlalu indah..hingga kekadang menyebabkan kita keliru & sukar membuat pilihan..


"Ya Allah kami memohon cintaMu..cinta orang-orang yang mencintaiMu..dan amalan yang boleh menyampaikan cintaMu kepada kami.. dan jadikan lah cinta terhadapMu lebih kami cintai terhadap diri kami sendiri, harta kami dan air yang sejuk.."

Hapuskan S.I.S & Lenyapkan JAG..


"Tidak sudah2 si S.I.S ini membuat onar"

Muhasibiey membebel sendiri. Bukan kerana suka membebel tetapi didesak rasa meluat & bengang & menyampah dengan si Sister in Islam (SIS) yang tampil mempersoalkan hukuman sebat yang di kenakan kepada seorang model wanita.... sedar ataupun tidak, sudah banyak calar pedih yang telah mereka goreskan terhadap Islam .. lantang bersuara mempersoalkan syariah Islam yang berkait rapat dengan wanita.. kononnya mahu berlagak menjadi superwomen dalam menegakkan keadilan buat kaum mereka.. tetapi hakikatnya merekalah perosak keadilan yang 'hebat' bermain silap mata di sebalik kerja buat mereka....

Apakah yang mereka perjuangkan? Keadilan apakah yang ingin mereka usahakan? keadilan pada kaca mata mereka yang sudah pastinya terbatas, dengan menyanggah & mencabar keadilan yang telah di tetapkan oleh Pencipta mereka??? Adakah Pencipta yang bersifat dengan segala kesempurnaan .. Maha Mengetahui segala yang terbaik ..tidak berlaku adil dalam menentukan batasan , had, peraturan untuk mereka sehingga berani melawannya???Mahasuci Allah daripada segala apa yang telah mereka usahakan.... Allahummah dihinna..

Pelbagai isu kontroversi yang telah di cetuskan oleh kumpulan ini sehinggakan memaksa parti2 politik & pihak tertentu menyelar mereka..

[Ahli-ahli UMNO dalam perhimpunan Agung Umno 2006 menyelar pergerakan kumpulan liberal ini kerana mencabar & menghina undang-undang Syariah... lalu mereka bangkit mempertahankan pendirian mereka & menghentam serta menuduh ahli-ahli umno yg terbabit sengaja berniat buruk terhadap kumpulan mereka..

Muktamar PAS Ke 55 turut membuat ketetapan menggesa kerajaan mengharamkan Sisters in Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahli-ahlinya, lalu kumpulan tersebut melenting dan membidas kenyataan tersebut dengan menghamburkan tuduhan keras dengan mengatakan PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuagannya.“PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini"...

Selain itu, Mufti Perak Dato Harussani Zakaria dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini telah terkeluar Islam kerana mempertahankan Islam liberal yang mengatakan A-Quran sudah ketinggalan zaman...

Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) pernah menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran kumpulan ini. PUMPP menyifatkan kumpulan ‘sisters in Islam’ sebagai pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia dan program pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan sebagaimana yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar .{ sumber: http://www.sabahdaily.com/ } ]

Baru-baru ini sebanyak 14 NGO Islam di Pahang menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, sebagai kejam. Mereka juga meminta dua badan berkenaan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini..

Segala kontroversi yang dicetuskan sebenarnya menuntut suatu usaha yang holistik & pendekatan bersinergi di jana untuk membendung salah faham yang membarah terhadap syariah Islam.. jika terus di biarkan, pasti akan terus menjalar dan membawa impak negatif terhadap Islam yang kita cintai ini....Hapuskan S.I.S & lenyapkan JAG jika sekiranya hanya itu solusi terbaik.. setujukan anda???

Dunia Mengamuk, Manusia Berkecamuk..

Dunia mengamuk, Manusia berkecamuk...Jika sebelum ini, dunia di kejutkan dengan wabak H1N1 yang masih lagi menggerunkan seluruh dunia.. Namun lewat kini, lain pula jadinya.. sistem alam seolah2 bertambah tidak keruan... pelbagai siri bencana alam yang menyerang penghuni alam tidak henti-henti..menyebabkan seluruh dunia termanggu.. malah yang menyedihkan ratusan malah ribuan menjadi korban.. yang masih terselamat berpeluang meneruskan kehidupan tetapi dalam kedhaifan lagi melarat.. kehilangan kediaman untuk berteduh, kekurangan sumber makanan yang berkhasiat, di tambah pula masalah kesihatan yang membimbangkan ...pendek kata, hidup tetapi melarat lagi menderita..


Segala apa yang berlaku..menyebabkan Muhasibiey menerawang jauh mengingati pesanan seorang ustaz dari seberang ketika berbicara tentang kefasadan alam..dalam suatu program bual bicara Indonesia 'Senandung Qalbu' yang di siarkan menerusi saluran Aosis 106 "segala kefasadan yang berlaku.. seolah-olah interaksi kemarahan, ketidakpuasan alam itu sendiri atau mungkin akibat daripada refleksi alam terhadap banyaknya molekul kemungkaran yang telah di lakukan oleh penghuni alam itu sendiri"





Taufan Palma yang menyerang ibu negara Filipina, Manila pada 26 September lalu merupakan siri ulangan banjir terburuk yang pernah di alami rakyat negara tersebut dalam tempoh 40 tahun. Namun belum sempat warganegara Filipina pulih sepenuhnya meneruskan kelangsungan hidup sebelumnya, kini Taufan tersebut sekali lagi menyerang negara mereka tetapi kini di wilayah yang berbeza Luzon. Asbabnya, sistem komunikasi & perhubungan, pengangkutan terjejas teruk di beberapa buah bandar, ini belum termasuk kawasan penempatan yang musnah di landa bah.. sekali lagi dunia mengamuk, manusia berkecamuk,tidak keruan... itu kisah banjir & taufan di negara jiran...

Kisah gegaran 7.6 ritcher yang menakutkan di Padang, Sumatera Barat pada 5.15 pagi lebih memilukan.. Belum lagi trauma Tsunami Disember 2004 reda... negara yang mempunyai kapasiti penduduk Muslim paling ramai di dunia ini sekali lagi di uji.. secara kasar dianggarkan lebih 500 bangunan termasuk beberapa hotel, sekolah, hospital dan gedung beli belah dilaporkan musnah atau mengalami kerosakan teruk dalam kejadian itu...Setakat 2 Oktober lalu PBB telah memaklumkan angka tidak rasmi seramai 1 1oo mangsa terbunuh dan pastinya jumlah ini akan terus meningkat..

Namun yang menakutkan beberapa buah negeri di Malaysia turut merasai gegaran ini.. walaupaun tidak mengalami kemusnahan yang dahsyat ianya sudah cukup mencemaskan lagi membimbangkan... seolah2 siren peringatan & mesej tersirat cuba di luahkan secara lembut oleh alam ini.. kisah gempa bumi di Indonesia bukanlah asing.....yang paling berbekas adalah kesan gempa Yogyakarta pada 2006 lalu yang membunuh 6,000 penduduk.. namun amukan dunia semakin menjadi2 lewat ini... natijahnya dunia mengamuk, manusia akan terus berkecamuk..

Muhasibiey termanggu sendirian.. apakah segalanya ini merupakan suatu mekanisme alam mengamuk, memuntahkan kemarahan lantaran keasyikan penghuni alam itu sendiri merencana kefasadan sehingga membelakangkan panduan, peraturan, perlembagaan Pemilik Alam?? suatu persoalan yang ligat bermain di minda Muhasibiey ... APA YANG AKAN BERLAKU JIKA MALAYSIA INI YANG MENGALAMI & MENANGGUNG MUSIBAH INI?? Penat Muhasibiey mencari jawapan sehingga akhirnya mengheret Muhasibiey ke suatu daerah rasa yang mencemaskan empunya diri...huuh..

Hak Muslimah vs Geert Wilders ?


"Abang macam cikgu Md Jak... baca surat khabar start dari belakang" usik zaujah tercinta sambil tersenyum manis. Mungkin kerana melihat suaminya sedang asyik menelaah akhbar di tangan.. dari satu muka surat kemuka surat yang lain..

Sedang asyik Muhasibiey membelek akhbar Berita Harian dari satu helaian ke helaian yang lain.. ketika mengamati berita di ruangan agama yang bertajuk " Ulul Albab: Usul cukai tudung persis debat Nabi Ibrahim, Namrud" [sila klik di sini].. "biar benar usul ni.. wanita bertudung di Belanda dikenakan cukai 1000 euro (RM5,100) setahun" getus Muhasibiey sendirian tiba-tiba Muhasibiey tergamam.. tergamam bukan kerana kehairanan..tetapi perasaan yang bercampur baur antara marah & sedih lantaran dunia Barat tidak pernah berlaku adil terhadap Islam..untuk mendapatkan kesahihan maklumat tersebut Muhasibiey berusaha mendapatkan sumber asal di Eramuslim.com seperti yang di nyatakan dalam berita tersebut. [sila klik di sini ].





"Islam is the Trojan Horse in Europe. If we do not stop Islamification now, Eurabia and Netherabia will just be a matter of time. One century ago, there were approximately 50 Muslims in the Netherlands. Today, there are about 1 million Muslims in this country. Where will it end? We are heading for the end of European and Dutch civilisation as we know it. Where is our Prime Minister in all this?" ucapan Geert Wilders ini sudah cukup menggambarkan rasa tidak puas hati & bencinya terhadap Islam..


Nampaknya kebencian & permusuhan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam tahun lalu menerusi filem dokumentari "Fitna" terhadap Islam masih menjalar di lubuk hatinya...rasa benci itu belum mati.. dan tidak akan reda selagi Islam mendapat tempat di Belanda.. sebentar tadi Muhasibiey meng' google' nama Geert Wilders..dan hasilnya maklumat profil makhluk ini Muhasibiey perolehi di Wikipedia, the free encyclopedia [sila klik di sini].

Perjuangannya yang berselindung atas dasar kebebasan sebenarnya adalah retorik semata. Secara peribadi Muhasibiey optimis usaha yang di rangkanya ini adalah untuk mengekang malah membunuh perkembangan Islam di Belanda. Di desak rasa tidak puas hatinya terhadap sambutan warganegara Belanda terhadap Islam usul yang tidak masuk aqal ini di kemukakan..

Cerita ini hanyalah cebisan daripada kisah berantai siri penentangan terhadap Islam di luar sana.. Muhasibiey syorkan sahabat-sahabat pengunjung blog Muhasibiey yang di kasihi ini untuk menziarahi http://www.satuumat.blogspot.com/ untuk mendapatkan perkembangan dunia Islam seantero dunia. Setidak-tidaknya kita semua terutamanya Muhasibiey sendiri menjadi insan yang prihatin terhadap permasalahan yang melanda dunia Islam, cakna terhadap tekanan2 saudara seagama, peduli & ambil kisah terhadap Islam & ummah ini..
Related Posts with Thumbnails